A Piece of my LIFE!!

Segala-galanya yang berlaku sepanjang perjalanan hidupku... suka duka..pahit.. manis.... sebagai pedoman untuk menjadikan aku lebih BAIK dan TERBAIK..

Jumaat, 5 Disember 2014

NO TITLE / TIADA TAJUK

            Sedang asyik aku menikmati sarapan pagi di kedai mamak kegemaranku ada tangan sedang dilayangkan tepat ke mukaku. Dengan mulut mengunyah roti bakar, aku mendongak memandang tepat pada muka seorang lelaki yang seiras dengan Lee Min Ho, artis K-pop.
            “Boleh I duduk sini?” lelaki mirip LMH bersuara sambil menunjukkan kerusi yang kosong dihadapan aku.
            Aku pandang kerusi dihadapanku dan sekilas aku pandang muka LMH dengan kehairanan. Kemudian aku pandang sekeliling kedai mamak dan melihat banyak juga kerusi kosong.
            “Apesal nak duduk sini? Saya tak kenal awak pun. Lagipun kerusi kosong masih banyak lagikan,” jawabku dengan muka bingung.
            Lelaki mirip LMH dengan pantas menarik kerusi dan terus duduk walaupun aku jawab pertanyaannya dengan rasa bengang.
            “Memang You tak kenal I, tapi I nak kenal You. Boleh tak?” lancar lelaki mirip LMH bersuara.
            Amboi! Mamat ala korea ini berlagak pula pagi-pagi masa aku tengah sedap menjamu selera.
            “Kejap… kejap… Apa awak cakap? Awak nak kenal saya?? Pelik! Awak ada makan ubat tak pagi ni?” riak muka aku makin bengang dengan mamat ala korea.
            “Yups, I nak kenal dengan You. Hi! I’m Ammar Fezrul,” mamat Korea menghulurkan tangan tanda hendak bersalam dengan aku.
            Melayu rupanya, ingat korea sesat mana yang kepala otak tidak betul. Aku pandang tangan yang dihulurkan dan sekilas aku pandang muka mamat ala Korea itu dengan perasaan keliru bercampur geram.
            “Hahahahaha…. Awak nie mesti takde mata kan?!” kataku tanpa menyambut salam mamat ala korea itu.
            “Kenapa pula You cakap I  takde mata?” tanyanya.
            “Yelah, awak nie silap tengok kot. Atau someone giving you a mission to try at me, am I right? So, I’m really sorry that I’m not interested. Please leave,” jawabku geram.
            Hilang selera aku dengan mamat ala korea. Aku cepat-cepat habiskan makanan dan minuman yang memang tinggal sedikit di pinggan. Belum sempat aku membayar, mamat ala korea menghulurkan duit pada Mamak kedai sambil mengenyitkan matanya pada aku.
            “Besok kita jumpa lagi yer. Nama saya Ammar Fezrul, awak boleh panggil saya Fez. See you tomorrow,” katanya sambil melambaikan tangan dengan senyuman sinis.
………
            “Fuhhhh…. Berbisa juga mulut perempuan ni pula. Tak sangka pula dia ‘smash’ aku sedas. Macam dia tau aje aku tengah ‘bet’ dengan Rizal. Aduh! Misi hari ni ‘fail’ pula,” Ammar Fezrul membebel sendirian di dalam kereta.
            Deringan telefon Iphone 5S melagukan “Go Crazy” dendangan kumpulan 2PM dari Korea.
            “Hah! Pagi-pagi lagi kau dah call aku. Napa?”
            “Misi aku belum selesai lagi la. Fez la ni, mesti setel punya sampai akhir. Aku akan dapatkan apa yang kau nak suruh aku buatkan.”
            “Aku on the way nak ke ofis la nie. Karang membebel Datuk Rizuan tu. Okay, jumpa kau kat ofis.”
            Rizal sudah awal-awal menanyakan perkembangan misi aku untuk menjadikan perempuan itu sebahagian mangsa kami. Nampak gayanya, misi kali ini agak payah dan sukar untuk aku laksanakan dengan sikap perempuan itu yang seakan-akan tahu niat dan misi aku ini.
            Aku kena ubah strategi supaya dia tidak mengesyaki tujuan aku. Kalau semua terbongkar, sia-sia sahaja aku menjadi pengintip tidak bergaji semata-mata mau tahu rutin harian dia. Selama dua minggu aku abaikan tugas aku semata-mata hendak tahu rutin harian dia agar aku tidak akan kalah dengan Rizal. Mamat sengal itu sengaja mencabar kemampuan dan kredibiliti aku. Aku pantang di cabar, apatah lagi bab-bab perempuan ini adalah sebahagian kepakaran aku. Aku tidak akan mengaku kalah pada kau Rizal.
            Namun, ada sesuatu yang membuat aku tertanya-tanya sikap perempuan itu yang sangat ‘cool’ dan tidak cepat melatah bila lelaki yang kacak seperti aku menegurnya. Kalau perempuan atau gadis-gadis lain mahu melonjak kegembiraan dan tergedik-gedik. Lelaki yang punya rupa ala-ala artis korea, tinggi, putih, badan yang tegap dan punya daya penarik yang tidak akan ditolak oleh manusia bernama perempuan.
            Apa lagi yang kurang pada aku sehingga dia boleh mengendahkan aku sedemikian. Tidak pernah selama ini perempuan menolak salam perkenalan aku. Ini yang membuatkan misi aku menarik dan misteri.

            Aku melihat jam di tangan menunjukkan pukul 9.00 pagi. Alamak! Habislah aku di bebel Datuk Rizuan lagi kali ini. Aku menghidupkan enjin dan terus bergerak menuju ke arah KLCC dimana terletaknya pejabatku.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Silent is the best???

Assalammualaikum wbt my dear blog...

Lama dah x menjenguk blog aku nie.. Banyak perkara dah berlaku dan banyak perkara yang menyakiti hati... 

Kerana mulut badan binasa.. Pepatah yang mungkin membuatkan aku berfikir 10 kali. It is silent is the best attitude?? Mulut becok pun salah, peramah pun salah... Aku kena bersikap garang dan mulut jahat sikit untuk 'survive among lions'. Cara percakapan dan niat aku di salahertikan membuatkan aku terguris dengan kata-kata dan hinaan mereka. Bila aku bersikap ramah dikatakan tidak sesuai dengan sikap aku yang agak kasar. Ini adalah diri aku, kenapa aku perlu faham kehendak mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami diri aku. Hidup sebatang kara di bandar yang penuh pancaroba mengajar aku untuk belajar menjadi kuat dan tegas. 

Penat untuk memuaskan hati semua orang tapi acapkali hati aku yang terguris dengan sikap dan kata2 orang. Pada luarannya memang nampak aku tidak endahkan semua itu tapi hakikatnya aku seorang yang pendendam. Sekali aku terluka dan saat itu aku tidak akan membuka mulut untuk berkata- kata. 

Alamak... Sory blog kesygan aku sebab dah jiwang lebih2 nie.. Aku maafkan pada sesapa yang menguris hati aku dan aku halalkan apa yang mereka lakukan. 

Ciao blog until next post!!!

Khamis, 8 Mei 2014

Garang versus Gedik....

Assalammualaikum MY DEAR BELOVED BLOG..

Lama sangat aku tak menitipkan kata-kata yakni bait-bait luahan... (aiseh tetiba pula nak jiwang-jiwang di petang hari nie.... hahahahahaha)

Well... well.... my dear beloved blog... ada idea pula petang khamis nie. Tup-tup.. pejam celik dah masuk bulan Mei. Bulan mei aku terlepas besday anak aku yg ke-3, dah la hari tu bulan 2 terlepas besday anak yang bongsu. Ini mmg alasan pun tapi alasan munasabah.. Kebetulan kedua-dua tarikh lahir anak aku nie jatuh pula pada kehabisan duit gaji.... (hehehehehe.... ) lagipun aku tak mahu terapkan sangat budaya asyik nak selebret besday sebab tiap2 tahun kan boleh meraikannya. Benda bukan wajib so tak payah nak beria-ia sangat tapi kewajipan aku cuma ucapkan setulus ikhlas aku dari hati aku yang mama mereka menyayangi mereka yang teramat sangat.

Ini dah lari dari topik tajuk aku nie... ok...ok.... jangan tensen... ini nak citer la nie.... 

Sejak kebelakangan ni, asyik terdengar mulut-mulut-mulut (hamboi.. byk sgt mulut kan) mengatakan aku ni garang... well...well.... GARANG KER AKU????!!!


Why...Why... dari faktor mana yang korang nampak aku garang.... tang suaranya ka??? tang mukanya ka?? tang mana tu.... ceciter.. ceciter...??? 

FYI, bukan garang tapi tegas... and I've to be like this to survive around people when I've to struggle alone by myself. Ini adalah true color perangai aku.. takder selindung-selindung.. Ini adalah aku dan cuba pernah membuat percubaan ala-ala PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR... but hampeh dan failed... mmg tak boleh nak menjadi yang bukan diri aku. Lagi satu.. bila aku buat ala2 gedik style.. ada pula org menyampah dengar siap boleh gelak2 lak... (mana nak letak muka aku tu.... malu tau) tapi aku COOL jer... takde la sentap.. Lagipun saja testing market.... 

So, kepada sesapa yang rasa aku ni GARANG... aku dah try jadi lemah lembut AKA GEDIKS.. mmg tak boleh okay... but for me to keep down my voice, rasanya still boleh lagi tapi aku bukan garang cuma TEGAS jer... Kalau rasa tak puas hati gak... minta maaf banyak2 la... sila isi BORANG ADUAN jer.... 

PEACE BABEH!!! ADIOS...



Rabu, 19 Februari 2014

Minggu BUSY aka SIBUK!!

Salam My Dear BLOG!!

Waduh...waduh... (aiseh! mcm nak nyanyi dangdut lak pula...) hehehehe.. well, nak story untuk minggu nie.. xder la story-mory sgt (betul ker ayat aku tu???)

Dah 2 hari berturut-turut aku sangat sibuk AKA busy 'mak jemah' tau. Dengan member sebelah pergi CUTI-CUTI MALAYSIA selama beberapa hari, so I'm LONE RANGER urus keja yang tak habis-habis asyik URGENT.. URGENT... URGENT.. (wajib kena 3 kali ok... sbb mmg banyak URGENT!!!) That's 1 reason why i'm really busy 2 days, another reason i have to answer a phone call.... Kekadang naik fed-up AKA malas pula nak angkat phone tu. Ini disebabkan kawan sorang lagi tu dah 2 hari MC.. kecian dia... takpe la.. aku kan MULTI PURPOSE STAFF... (bangga japs....)

So far, aku boleh manage urus keja2 setakat nie... mana yang boleh follow up dan settelkan.. aku try my best.... INSYA ALLAH.... ALHAMDULLILAH.. 

Jadi.. esok dan lusa.. hope so keja teratur dan x stress lagi..... adios everybody...


sekadar gambar hiasan



KERJA DENGAN IKHLAS HATI!!!

Selasa, 18 Februari 2014

MASIH AKU CINTA


Lirik Lagu Masih Aku Cinta - Shila Amzah


Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mempertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku