A Piece of my LIFE!!

Segala-galanya yang berlaku sepanjang perjalanan hidupku... suka duka..pahit.. manis.... sebagai pedoman untuk menjadikan aku lebih BAIK dan TERBAIK..

Selasa, 29 Mac 2011

Pengenalan Sejarah Mukim Budu

28th Mar 2011

Ahad yg lepas, aku ikut family aku pegi Khidmat Masyarakt anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sbbnya abah aku salah srg ahli merangkap Bendahari... so, dr x der menda nak buat kat umah.. kitaorg pun pegi la..

Nak di jadikan citer, aku nak menarik perhatian sesiapa yg sudi membaca blog aku nie... renung2kan Sejarah Mukim Budu nie.. aku pun baru tau!!

  • Mukim Budu merupakan sebuah mukim yang sangat penting dalam sejarah negeri Pahang. banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini.
  • Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg. Budu, Kg. Benta, Kg. Chat, Kg. Tualang padang, Kg. Peruang dan Kg. Terap.
  • Tempat kelahiran Khatib Rasu Abdul Salam bin Tok Shahrum atau Tok Gajah atau Imam Perang dan berkahwin dengan Cik Jebah dari Batu Naga di dalam perkampungan Tualang Padang. Juga merupakan tempat kelahiran dan membesarnya Pahlawan Melayu Mat Kilau bin Khatin Rasu Abdul Salam.
  • Mukim Budu telah dianugerahkan oleh Sultan Ahmad kepada Tok Gajah atas kejayaan beliau memimpin pasukan Pahang mengalahkan Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Pada usia muda serta ketokohannya memimpin, Tok Gajah telah digelar Imam Perang Rasu dalam perang Saudara Pahang. Sultan Ahmad juga menganugerahkan gelaran Orang Kaya Indera Gajah yang merupakan Orang Besar Raja, Negeri Pahang. Di kalangan Pembesar-pembesar Pahang, Tok Gajah disifatkan sebagai seorang yang sangat alim, setia dan lurus. Semasa kepimpinan beliau, Mukim Budu merupakan antara mukim yang sangat maju.
Bukti-bukti sejarah yang terdapat di Mukim Budu antaranya:-
  1. Perigi Sejarah Mat Kilau
  2. Kubu Parit Dalam
  3. Kubu Tualang Padang
  4. Sungai Teka yang digunakan oleh pahlawan sebagai jalan pengangkutan utama
  5. Perkuburan lama Kg. Empau (tempat pengikut2 Tok Gajah dan Mat Kilau disemadikan)
  6. Perkuburan lama Kg. Tualang di Kg. Terap
  7. Perkampunagn lama Permatang ataupun Bukit Raya
  8. Bekas Penerih Emas di Bukit Raya
  9. Tapak Peperangan di Bukit Perangin Kg. Empau Mukim Budu

Itu la serba sedikit yg boleh aku kongsikan bersama. Kalau nak cerita lagi, panjang sgt.. so ini hanya sebagai maklumat utk kalian..... Adios

Tiada ulasan: