Assalammualaikum dan hi dear My Blog....
Gunung berapi dah meletup?!! Nampak sangat ketaranya kan... kalau gunung berapi dah meletup sehingga mengeluarkan lahar panasnya yg mengelegak.. sehingga nak dekat pun kira leh masak atau lebih tepat hangus bak arang...
Begitulah perasaan dan emosi aku sekarang.... kesabaran aku dah meletup dan melimpah sehingga tak boleh ditadah dengan apa sekalipun benda untuk menampung api kemarahan dan kesedihan aku. Apalah kelemahan aku hingga aku diperlakukan sedemikian. Kenapa insan yang bernama lelaki tak pernah puas untuk menikmati kehidupan sedangkan yang dihalalkan berada di depan mata. Kesabaran ku dlm 2 - 4 tahun ini akhirnya tidak dapat aku bendung lagi. Cukuplah setakat ini aku menanggung azab sengsara hidup bersama insan yang bernama lelaki yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada.
Belum panas kaki ku menjejakkan diri di kg.. ku sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan lebat berserta kilat turun mencurah-curah. Jawapan yang ku terima.. menyakitkan telinga dan memedihkan hati. Hendak aku mengalirkan airmata tapi tiada gunanya menangis walau airmata darah sekali pun dengan lelaki yang memang tak pernah hargai diri ku ini.
Satu demi satu kebenaran ku ketahui... satu demi satu hati aku retak dan berkecai jatuh satu persatu. Selama ini aku hamburkan segala kepercayaan ku demi atas nama PERKAHWINAN dan ANAK-ANAK, tapi nampaknya pengorbanan ku sekadar sia-sia dan sekadar dapat memaut dipinggir kali sahaja. Lalu ia jatuh bersama kepingan-kepingan hati dan perasaan ku. Apa daya ku lagi sekadar menarik nafas serta tidak akan berpaling lagi ke belakang serta mengambil iktibar segala yang berlaku. Hari ini.... saat ini... waktu ini... dan ketika ini.... harus ku noktahkan segala apa yang terjalin dan akan ku ceraikan.... ku putuskan... ku leraikan... apa yang pernah terikat antara kami berdua...
Demi Allah... aku tak ingin berlaku semua ini... tapi daripada aku cedera parah dengan segala yang berlaku biarlah ia terlerai. Noktahkan segala-galanya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan