A Piece of my LIFE!!

Segala-galanya yang berlaku sepanjang perjalanan hidupku... suka duka..pahit.. manis.... sebagai pedoman untuk menjadikan aku lebih BAIK dan TERBAIK..

Khamis, 25 Oktober 2012

CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA!!


Dear My blogs... oopss... ASSALAMMUALAIKUM..... 


Hehehe... cam gempak jer kan tajuk entry aku kali nie... meh...meh... kita tgk ciri-ciri lelaki idaman wanita..... 

* LELAKI TULEN *

~ Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki. Oleh itu, dia bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku sehingga terkeluar daripada kategori lelaki ~

* LELAKI YANG BERHARGA *

~ Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan dirinya tidak berharga ~

* LELAKI YANG TEGUH JIWA *

~ Tidak mudah mengalirkan air mata. Apabila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita ~

* LELAKI YANG SEDERHANA *

~ Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri ~

* LELAKI YANG CANTIK *

~ Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada sikapnya dan kebersihan hatinya ~

* LELAKI YANG BERPENDIRIAN *

~ Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji apabila berjanji ~

* LELAKI YANG KEMAS DAN BERSIH *

~ Menjaga kebersihan serta berdandan, tetapi tidak secara berlebihan. Pakaianya kemas dan tidak nampak canggung ~

* LELAKI YANG CERDIK *

~ Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wnaita tanpa perlu dinyatakan ~

* LELAKI YANG CEKAP *

~ Segera memberikan apa yang dihajati oleh wanita tanpa perlu diminta terlebih dahulu ~

* LELAKI YANG BIJAK *

~ Tidak suka bercerita berkenaan kelebihan ataupun ketampanan dirinya ~

* LELAKI YANG TABAH *

~ Tidak mudah hilang akal apabila menghadapi masalah dan tidak bingung ataupun kalut apabila menghadapi suasana tertekan, kesuntukan masa, ataupun cemas ~

* LELAKI YANG BERWAWASAN *

~ Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan bagi melakukan perkara-perkara yang produktif ~

* LELAKI YANG BAIK *

~ Tidak suka hidup berfoya-foya. Taat pada suruhan agama, tidak berjudi, berzina, ataupun minum arak ~

* LELAKI YANG SOPAN *

~ Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati ~

* LELAKI YANG MENGASIHI *

~ Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya kepada wanita itu, tetapi suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu ~

* LELAKI YANG CERIA *

~ Dapat berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya~

So.... inilah ciri-ciri lelaki idaman wanita.... ermm... mungkin x semuanya korang bersetuju kan... tapi ada la sikit2 yang diharap... 

kalau nak memahami lebih lanjut baca la NOVEL "PRINCE CHARMING... SIAPA AWAK" oleh Lily Haslina Nasir.... hehehehe... gempak jer kan aku.... rupa2nya aku pinjam jer kata2 dr Penulis NOVEL nie... tapi bila difahami.. mmg ini la idaman wanita utk dptkan lelaki sesempurna itu.... 

Ok.. renung2kan..... ADIOS!!!







Rabu, 17 Oktober 2012

Rindu!!!

Assalammualaikum My Dear Blogs....

Rindu... Rindu.....
Rindu pada sapa la tu kan.... opkos la.. aku rindu anak2 aku.... sehari bagaikan setahun jer rasanya... kenangan dan ingatan aku sewaktu hari raya meluangkan masa bermanja-manja dgn anak2 aku asyik terbayang beberap hari ini...

Sekadar bertelefon utk bebrp waktu tidak melangsaikan hutang rindu aku pada anak... kekadang pd dinihari akan menitis air mata dara (dara sgt la kan).....