A Piece of my LIFE!!

Segala-galanya yang berlaku sepanjang perjalanan hidupku... suka duka..pahit.. manis.... sebagai pedoman untuk menjadikan aku lebih BAIK dan TERBAIK..

Jumaat, 5 Disember 2014

NO TITLE / TIADA TAJUK

            Sedang asyik aku menikmati sarapan pagi di kedai mamak kegemaranku ada tangan sedang dilayangkan tepat ke mukaku. Dengan mulut mengunyah roti bakar, aku mendongak memandang tepat pada muka seorang lelaki yang seiras dengan Lee Min Ho, artis K-pop.
            “Boleh I duduk sini?” lelaki mirip LMH bersuara sambil menunjukkan kerusi yang kosong dihadapan aku.
            Aku pandang kerusi dihadapanku dan sekilas aku pandang muka LMH dengan kehairanan. Kemudian aku pandang sekeliling kedai mamak dan melihat banyak juga kerusi kosong.
            “Apesal nak duduk sini? Saya tak kenal awak pun. Lagipun kerusi kosong masih banyak lagikan,” jawabku dengan muka bingung.
            Lelaki mirip LMH dengan pantas menarik kerusi dan terus duduk walaupun aku jawab pertanyaannya dengan rasa bengang.
            “Memang You tak kenal I, tapi I nak kenal You. Boleh tak?” lancar lelaki mirip LMH bersuara.
            Amboi! Mamat ala korea ini berlagak pula pagi-pagi masa aku tengah sedap menjamu selera.
            “Kejap… kejap… Apa awak cakap? Awak nak kenal saya?? Pelik! Awak ada makan ubat tak pagi ni?” riak muka aku makin bengang dengan mamat ala korea.
            “Yups, I nak kenal dengan You. Hi! I’m Ammar Fezrul,” mamat Korea menghulurkan tangan tanda hendak bersalam dengan aku.
            Melayu rupanya, ingat korea sesat mana yang kepala otak tidak betul. Aku pandang tangan yang dihulurkan dan sekilas aku pandang muka mamat ala Korea itu dengan perasaan keliru bercampur geram.
            “Hahahahaha…. Awak nie mesti takde mata kan?!” kataku tanpa menyambut salam mamat ala korea itu.
            “Kenapa pula You cakap I  takde mata?” tanyanya.
            “Yelah, awak nie silap tengok kot. Atau someone giving you a mission to try at me, am I right? So, I’m really sorry that I’m not interested. Please leave,” jawabku geram.
            Hilang selera aku dengan mamat ala korea. Aku cepat-cepat habiskan makanan dan minuman yang memang tinggal sedikit di pinggan. Belum sempat aku membayar, mamat ala korea menghulurkan duit pada Mamak kedai sambil mengenyitkan matanya pada aku.
            “Besok kita jumpa lagi yer. Nama saya Ammar Fezrul, awak boleh panggil saya Fez. See you tomorrow,” katanya sambil melambaikan tangan dengan senyuman sinis.
………
            “Fuhhhh…. Berbisa juga mulut perempuan ni pula. Tak sangka pula dia ‘smash’ aku sedas. Macam dia tau aje aku tengah ‘bet’ dengan Rizal. Aduh! Misi hari ni ‘fail’ pula,” Ammar Fezrul membebel sendirian di dalam kereta.
            Deringan telefon Iphone 5S melagukan “Go Crazy” dendangan kumpulan 2PM dari Korea.
            “Hah! Pagi-pagi lagi kau dah call aku. Napa?”
            “Misi aku belum selesai lagi la. Fez la ni, mesti setel punya sampai akhir. Aku akan dapatkan apa yang kau nak suruh aku buatkan.”
            “Aku on the way nak ke ofis la nie. Karang membebel Datuk Rizuan tu. Okay, jumpa kau kat ofis.”
            Rizal sudah awal-awal menanyakan perkembangan misi aku untuk menjadikan perempuan itu sebahagian mangsa kami. Nampak gayanya, misi kali ini agak payah dan sukar untuk aku laksanakan dengan sikap perempuan itu yang seakan-akan tahu niat dan misi aku ini.
            Aku kena ubah strategi supaya dia tidak mengesyaki tujuan aku. Kalau semua terbongkar, sia-sia sahaja aku menjadi pengintip tidak bergaji semata-mata mau tahu rutin harian dia. Selama dua minggu aku abaikan tugas aku semata-mata hendak tahu rutin harian dia agar aku tidak akan kalah dengan Rizal. Mamat sengal itu sengaja mencabar kemampuan dan kredibiliti aku. Aku pantang di cabar, apatah lagi bab-bab perempuan ini adalah sebahagian kepakaran aku. Aku tidak akan mengaku kalah pada kau Rizal.
            Namun, ada sesuatu yang membuat aku tertanya-tanya sikap perempuan itu yang sangat ‘cool’ dan tidak cepat melatah bila lelaki yang kacak seperti aku menegurnya. Kalau perempuan atau gadis-gadis lain mahu melonjak kegembiraan dan tergedik-gedik. Lelaki yang punya rupa ala-ala artis korea, tinggi, putih, badan yang tegap dan punya daya penarik yang tidak akan ditolak oleh manusia bernama perempuan.
            Apa lagi yang kurang pada aku sehingga dia boleh mengendahkan aku sedemikian. Tidak pernah selama ini perempuan menolak salam perkenalan aku. Ini yang membuatkan misi aku menarik dan misteri.

            Aku melihat jam di tangan menunjukkan pukul 9.00 pagi. Alamak! Habislah aku di bebel Datuk Rizuan lagi kali ini. Aku menghidupkan enjin dan terus bergerak menuju ke arah KLCC dimana terletaknya pejabatku.