Sedang asyik aku menikmati sarapan
pagi di kedai mamak kegemaranku ada tangan sedang dilayangkan tepat ke mukaku. Dengan
mulut mengunyah roti bakar, aku mendongak memandang tepat pada muka seorang lelaki
yang seiras dengan Lee Min Ho, artis K-pop.
“Boleh I duduk sini?” lelaki mirip LMH bersuara sambil menunjukkan kerusi
yang kosong dihadapan aku.
Aku pandang kerusi dihadapanku dan sekilas
aku pandang muka LMH dengan kehairanan. Kemudian aku pandang sekeliling kedai mamak
dan melihat banyak juga kerusi kosong.
“Apesal nak duduk sini? Saya tak kenal
awak pun. Lagipun kerusi kosong masih banyak lagikan,” jawabku dengan muka bingung.
Lelaki mirip LMH dengan pantas menarik
kerusi dan terus duduk walaupun aku jawab pertanyaannya dengan rasa bengang.
“Memang You tak kenal I, tapi I nak kenal You. Boleh tak?” lancar lelaki mirip LMH bersuara.
Amboi! Mamat ala korea ini berlagak
pula pagi-pagi masa aku tengah sedap menjamu selera.
“Kejap… kejap… Apa awak cakap? Awak nak
kenal saya?? Pelik! Awak ada makan ubat tak pagi ni?” riak muka aku makin bengang
dengan mamat ala korea.
“Yups, I nak kenal dengan You. Hi!
I’m Ammar Fezrul,” mamat Korea menghulurkan tangan tanda hendak bersalam dengan aku.
Melayu rupanya, ingat korea sesat mana
yang kepala otak tidak betul. Aku pandang tangan yang dihulurkan dan sekilas aku
pandang muka mamat ala Korea itu dengan perasaan keliru bercampur geram.
“Hahahahaha…. Awak nie mesti takde mata kan?!”
kataku tanpa menyambut salam mamat ala korea itu.
“Kenapa pula You cakap I takde mata?” tanyanya.
“Yelah, awak nie silap tengok kot.
Atau someone giving you a mission to try
at me, am I right? So, I’m really
sorry that I’m not interested. Please leave,” jawabku geram.
Hilang selera aku dengan mamat ala korea.
Aku cepat-cepat habiskan makanan dan minuman yang memang tinggal sedikit di
pinggan. Belum sempat aku membayar, mamat ala korea menghulurkan duit pada Mamak
kedai sambil mengenyitkan matanya pada aku.
“Besok kita jumpa lagi yer. Nama
saya Ammar Fezrul, awak boleh panggil saya Fez. See you tomorrow,” katanya sambil melambaikan tangan dengan senyuman
sinis.
………
“Fuhhhh…. Berbisa juga mulut perempuan
ni pula. Tak sangka pula dia ‘smash’ aku
sedas. Macam dia tau aje aku tengah ‘bet’
dengan Rizal. Aduh! Misi hari ni ‘fail’
pula,” Ammar Fezrul membebel sendirian di dalam kereta.
Deringan telefon Iphone 5S melagukan
“Go Crazy” dendangan kumpulan 2PM
dari Korea.
“Hah! Pagi-pagi lagi kau dah call
aku. Napa?”
“Misi aku belum selesai lagi la. Fez
la ni, mesti setel punya sampai akhir. Aku akan dapatkan apa yang kau nak suruh
aku buatkan.”
“Aku on the way nak ke ofis la nie.
Karang membebel Datuk Rizuan tu. Okay, jumpa kau kat ofis.”
Rizal sudah awal-awal menanyakan
perkembangan misi aku untuk menjadikan perempuan itu sebahagian mangsa kami.
Nampak gayanya, misi kali ini agak payah dan sukar untuk aku laksanakan dengan
sikap perempuan itu yang seakan-akan tahu niat dan misi aku ini.
Aku kena ubah strategi supaya dia
tidak mengesyaki tujuan aku. Kalau semua terbongkar, sia-sia sahaja aku menjadi
pengintip tidak bergaji semata-mata mau tahu rutin harian dia. Selama dua
minggu aku abaikan tugas aku semata-mata hendak tahu rutin harian dia agar aku
tidak akan kalah dengan Rizal. Mamat sengal itu sengaja mencabar kemampuan dan
kredibiliti aku. Aku pantang di cabar, apatah lagi bab-bab perempuan ini adalah
sebahagian kepakaran aku. Aku tidak akan mengaku kalah pada kau Rizal.
Namun, ada sesuatu yang membuat aku
tertanya-tanya sikap perempuan itu yang sangat ‘cool’ dan tidak cepat melatah
bila lelaki yang kacak seperti aku menegurnya. Kalau perempuan atau gadis-gadis
lain mahu melonjak kegembiraan dan tergedik-gedik. Lelaki yang punya rupa
ala-ala artis korea, tinggi, putih, badan yang tegap dan punya daya penarik
yang tidak akan ditolak oleh manusia bernama perempuan.
Apa lagi yang kurang pada aku
sehingga dia boleh mengendahkan aku sedemikian. Tidak pernah selama ini
perempuan menolak salam perkenalan aku. Ini yang membuatkan misi aku menarik
dan misteri.
Aku melihat jam di tangan
menunjukkan pukul 9.00 pagi. Alamak! Habislah aku di bebel Datuk Rizuan lagi
kali ini. Aku menghidupkan enjin dan terus bergerak menuju ke arah KLCC dimana
terletaknya pejabatku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan