A Piece of my LIFE!!

Segala-galanya yang berlaku sepanjang perjalanan hidupku... suka duka..pahit.. manis.... sebagai pedoman untuk menjadikan aku lebih BAIK dan TERBAIK..

Jumaat, 10 Oktober 2014

Silent is the best???

Assalammualaikum wbt my dear blog...

Lama dah x menjenguk blog aku nie.. Banyak perkara dah berlaku dan banyak perkara yang menyakiti hati... 

Kerana mulut badan binasa.. Pepatah yang mungkin membuatkan aku berfikir 10 kali. It is silent is the best attitude?? Mulut becok pun salah, peramah pun salah... Aku kena bersikap garang dan mulut jahat sikit untuk 'survive among lions'. Cara percakapan dan niat aku di salahertikan membuatkan aku terguris dengan kata-kata dan hinaan mereka. Bila aku bersikap ramah dikatakan tidak sesuai dengan sikap aku yang agak kasar. Ini adalah diri aku, kenapa aku perlu faham kehendak mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami diri aku. Hidup sebatang kara di bandar yang penuh pancaroba mengajar aku untuk belajar menjadi kuat dan tegas. 

Penat untuk memuaskan hati semua orang tapi acapkali hati aku yang terguris dengan sikap dan kata2 orang. Pada luarannya memang nampak aku tidak endahkan semua itu tapi hakikatnya aku seorang yang pendendam. Sekali aku terluka dan saat itu aku tidak akan membuka mulut untuk berkata- kata. 

Alamak... Sory blog kesygan aku sebab dah jiwang lebih2 nie.. Aku maafkan pada sesapa yang menguris hati aku dan aku halalkan apa yang mereka lakukan. 

Ciao blog until next post!!!

Tiada ulasan: