A Piece of my LIFE!!

Segala-galanya yang berlaku sepanjang perjalanan hidupku... suka duka..pahit.. manis.... sebagai pedoman untuk menjadikan aku lebih BAIK dan TERBAIK..

Selasa, 29 Mac 2011

Pengenalan Sejarah Mukim Budu

28th Mar 2011

Ahad yg lepas, aku ikut family aku pegi Khidmat Masyarakt anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sbbnya abah aku salah srg ahli merangkap Bendahari... so, dr x der menda nak buat kat umah.. kitaorg pun pegi la..

Nak di jadikan citer, aku nak menarik perhatian sesiapa yg sudi membaca blog aku nie... renung2kan Sejarah Mukim Budu nie.. aku pun baru tau!!

  • Mukim Budu merupakan sebuah mukim yang sangat penting dalam sejarah negeri Pahang. banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini.
  • Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg. Budu, Kg. Benta, Kg. Chat, Kg. Tualang padang, Kg. Peruang dan Kg. Terap.
  • Tempat kelahiran Khatib Rasu Abdul Salam bin Tok Shahrum atau Tok Gajah atau Imam Perang dan berkahwin dengan Cik Jebah dari Batu Naga di dalam perkampungan Tualang Padang. Juga merupakan tempat kelahiran dan membesarnya Pahlawan Melayu Mat Kilau bin Khatin Rasu Abdul Salam.
  • Mukim Budu telah dianugerahkan oleh Sultan Ahmad kepada Tok Gajah atas kejayaan beliau memimpin pasukan Pahang mengalahkan Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Pada usia muda serta ketokohannya memimpin, Tok Gajah telah digelar Imam Perang Rasu dalam perang Saudara Pahang. Sultan Ahmad juga menganugerahkan gelaran Orang Kaya Indera Gajah yang merupakan Orang Besar Raja, Negeri Pahang. Di kalangan Pembesar-pembesar Pahang, Tok Gajah disifatkan sebagai seorang yang sangat alim, setia dan lurus. Semasa kepimpinan beliau, Mukim Budu merupakan antara mukim yang sangat maju.
Bukti-bukti sejarah yang terdapat di Mukim Budu antaranya:-
  1. Perigi Sejarah Mat Kilau
  2. Kubu Parit Dalam
  3. Kubu Tualang Padang
  4. Sungai Teka yang digunakan oleh pahlawan sebagai jalan pengangkutan utama
  5. Perkuburan lama Kg. Empau (tempat pengikut2 Tok Gajah dan Mat Kilau disemadikan)
  6. Perkuburan lama Kg. Tualang di Kg. Terap
  7. Perkampunagn lama Permatang ataupun Bukit Raya
  8. Bekas Penerih Emas di Bukit Raya
  9. Tapak Peperangan di Bukit Perangin Kg. Empau Mukim Budu

Itu la serba sedikit yg boleh aku kongsikan bersama. Kalau nak cerita lagi, panjang sgt.. so ini hanya sebagai maklumat utk kalian..... Adios

Rabu, 23 Mac 2011

INTERNAL TRANSFER!!

23rd March 2011

Hari tu penuh semangat aku kunun nak memulakn bakat penulisan aku.. tapi ini dah mula nak jadi malas... hehehehehe... MALAS menguasai diri aku.... Apa2 pun... aku cuba untuk bercerita sedikit demi sedikit.. setakat mana otak ini mampu menganyam kata2 dan bait2 ayat.

Isnin lepas (21 Mar 2011).. menjadi titik permulaan aku memulakan satu cabaran baru bg memulakan satu suasana yg agak BARU bg diriku... tapi aku sahut dgn REDHA.. dan penuh keyakinan. Alhamdulillah juga... mereka masih memberikan kepercayaan kepada aku utk memikul satu tanggungjawab yg baru pd aku... Ini adalah satu CABARAN BESAR bg diri ku tapi aku sahut cabaran tersebut kerana aku SUKAKAN CABARAN ini... kerana hidup kita ini hari2 penuh dengan cabaran antara kita mampu atau tidak utk menempuhinya. Aku cukup bangga kemahiran aku digunapakai walau aku sendiri x pasti tang mana yg aku best sgt... tapi aku bersyukur kerana mereka nampak potensi aku utk melakukan kerja yg blum pernah aku buat...

Semoga apa yg aku lakukan ini diberi keberkatan dan kekuatan untuk mengharungi segala dugaan MU. AMIN!! Kepada sesiapa yg rasa diri tu bagus sgt.. ingat2 la.. sbb Allah SWT maha adil dan saksama... jgn la kerana nila setitik rosak susu sebelanga!!

Operations Dept, here i come.... TERIMALAH AKU SEADANYA!!!

Khamis, 17 Mac 2011

Servis Bertukar tangan!!!

17hb March 2011

Berita terkini... akhirnya servis bertukar tangan... best sgt apabila management telah diambil alih oleh En. XXX, masing2 menarik nafas lega.. syukur kehadrat Ilahi kerana mendengar doa2 org teraniaya seperti Wati.. dan kengkawan yg lain... kenapa harus KSS mesti jadi sedemikian... menjadikan kerja2 kami kelam-kabut... kucar-kacir... Entah... aku sendiri pun tidak dapat menjawab persoalan yg aku rasa dia sahaja yg tahu.

Rasakan 3 bln lebih bekerja di sykt nie... byk membuka mata aku.. ada org lagi lebih kejam dan sanggup menjadi tamak demi kepentingan diri sendiri... bukan ingin menyalahkan 100% org2 KL nie.. aku tahu ada juga kebanyakkan org2 di KL ada yg baik.. tapi... ini adalah kali pertama aku bekerja di bawah pengurus yg tidak professional... membuat keputusan berdasarkan emosi... kemudian menjadi dendam... kemudian dikelilingi org2 yg sama2 ingin menjatuhkan bangsa sendiri dan demi kepentingan sendiri.. dimana masing2 berlagak pandai dan buat2 sibuk sedangkan kerja x seberapa... arghh.. pedulika mereka.. apa yg aku tau... aku akan lakukan tugas2 aku seperti biasa... diorg nak ngumpat ker... nak cakap apa2 ker pasal aku.. aku berTERIMA KASIH atas perhatian mereka terhadap aku... GLAMOUR gak aku kan... sbb org dok cakap pasal aku.... well what can i say... aku kan comel gitu... ayu.. hahahahaha... (iyer ker???)

Well.. berbalik pada tujuan sebenar aku (terover pula puji diri sendiri.. hehehe). Memang kali ini cukup lega bila aku x perlu fikir utk berenti keja... cari keja lain.... nak pegi interview... INI KL.. bukan KK... kalau kat KK bole la aku ke sana ke sini mencari pekerjaan... biarpun disini mempunyai banyak peluang pekerjaan tapi terlampau byk persaingan dan aku yg kerdil kena lebih berusaha dr yg apa yg aku ada... MAMPUKAH aku!!! Insya allah... kekuatan hati..kekuatan mental & fizikal... demi membahagiakan ANAK2, aku rela & sanggup menempuh cabaran itu..

Buka lembaran baru.... bukan citer baru... :)