Dear Blog....
Nampaknya hari ini aku banyak idea utk tambah sesuatu kat blog aku sebagai tatapan bloggers.... kali ini aku nak berkongsi pasal 50 kegunaan Petroluem Jelly (produk vaseline). Aku pun baru nak praktikan.... :P
50 KEGUNAAN VASELINE
1. Sapukan sedikit pada bulu mata anda sebelum masuk tidur. Ia akan membuatkan bulu mata anda menjadi lebih panjang dan lebih tebal dr masa ke semasa
2. Sapukan pada kaki anda setiap hari, pakai stokin and bila anda bangun akan tersa lembut jer kaki tu. Lakukan setiap hari...
3. Sapukan pada siku anda setiap hari, ia akan menjadi lebih lembut
4. Sapukan dan urut pada 'cuticles' beberapa kali dalam sehari untuk kelembutan dan kecantikan cuticles anda.
5. Sapukan pada bibir yg terluka, macam pecah2 bibir tu...
6. Gunakan sebagai LIP GLOSS
7. Campurkan sedikit pada serbuk KOOL-AID dan jadikan ia sebagai LIP GLOSS berwarna serta berperisa
8. Cairkan vaseline dan sebiji coklat cip dalam microwave, gaul sebati dan jadikan Lip Gloss berperisa coklat... nyum...nyum....
9. Sapukan pada tempat2 yg ingin di semburkan minyak wangi. Ia akan menjadikan minyak wangi lebih tahan lama dari sepatutnya..
10. Boleh dijadikan sebagai pelembap jerawat yg degil & rasa sakit. (tidak akan menyumbat liang2 pori anda)
11. Pelembap utk kulit kering yg amat teruk.
12. Sapukan pada lutut2 anda drpd kering yg kelihatan mcm rupa abu tu....
13. Gaulkan bersama garam laut utk dijadikan SCRUB
14. Sapukan sedikit pada gigi anda untuk mengelakkan mulut melekat pada gigi.. pada yg selalu senyum spt beauty pagent ker... artis ker...
15. Sapukan juga pada gigi utk elakkan lipstik ada melekat pada gigi.... auw.... malu nyer kalau terjadi kan..
16. Sebagai bahan utk mengURUT.... yo!!
17. Panaskan utk dijadikan krim malam
18. MAKE UP remover (bg menanggalkan kesan2 make up)
19. Melindungi kulit daripada terdedah kepada cuaca yg teruk (panas... sejuk....)
20. Digunakan pada pipi utk kelihatan lebih dewy..
21. Digunakan di bawah eye shadow utk mendapatkan efek bersinar / bercahaya....
22. Boleh digunakan untuk kulit lebih licin dan soother selepas bercukur
23. Digunakan pada waktu rawatan kuku
24. Bagi menghilangkan garis-garis kulit kering yang bole timbul selepas membasuh
25. Melincirkan cuping telinga dan membantu memasukkan anting2 dengan mudah tanpa menyakitkan...
26. Menjadikan kuku lebih tahan dan kuat...
27. Gunakan dgn lipstik utk dijadikan sbg blusher pipi anda.
28. Memudahkan untuk menanggalkan cincin yang tersekat di jari anda..
29. Mencantikkan kening yang susah sgt di urus... messy
30. Menjadikan bulu mata anda lebih berkilat dan kalis air...
31. Melegakan kulit kepala, pra-shampoo
32. CAN HELP PREVENT CHAFFING
33. Membantu menyembuhkan selepas prosedur pembedahan kosmetik.
34. Mengurangkan kegatalan dan kerak2 kelemumur
35. Theraputic apabila digunakan ketika akibat terkena Poison Ivy
36. Dapat membantu memperbaiki keadaan mereka yg menghidap ezkema atopik
37. Membantu menyembuhkan dan melindungi tatoo baru dibuat.
38. Boleh melindungi terhadap pewarnaaan rambut yg membahayakan, pengerintingan dan meluruskan dengan bahan kimia yg digunakan sebagai topeng di sekitar garis rambut..
39. Gunakan sedikit utk kilatkan kasut dan beg anda.
40. Colekkan sedikit di jari anda dan gosok di tapak tangan kemudian ramas2 perlahan di rambut anda .. buat mcm ala.. korean style...
41. Gunakan utk disapukan pada hujung rambut yg berbelah dan kering.
42. Menghilangkan kesan makeup pada pakaian
43. Gosokkan pada leher botol pewarna kuku anda agar tidak melekat lagi pd botol.
44. Menjadikan pewarna kuku ada yg lama nampak baru semula
45. Letakkan sedikit serta campurkan pada serbuk eyeshadow utk dptkan warna lain dan lebih menarik lagi bila memakainya.
46. campurkan pada losyen kegemaran anda
47. Sapukan pada bibir anda, biarkan utk beberapa minit kemudia gosok perlahan dgn berus gigi utk mengupaskan kulit mati agar lebih lembut.
48. Menanggalkan bulu mata palsu yg tersalah pakai dgn cepat.
49. Sapukan sedikit pada badan anda yg kering sebelum anda menyapukan losyen utk TAN kulit agar samarata.
50. Sapukan pada keseluruhan sebelum penerbangan bagi mengelakkan kulit kering.
Selesai 50 tips menggunakan vaseline.... penat gak menaip nie... hehehehehe.....
ADIOS.... salamzzzz
Jumaat, 9 Disember 2011
Menu aku!!!
Dear Blog... & Assalammualaikum..
Lama gak x update blog aku.... Kali nie aku nak kongsi bersama menu2 yg aku makan tetiba... teringat... :P
Lama gak x update blog aku.... Kali nie aku nak kongsi bersama menu2 yg aku makan tetiba... teringat... :P
Kon Lau Mee dengan Sup Ikan
Mee Laksa ala Chinese Style
Kuih Cincin
Kelapa Bakar
Lokan Bakar
Kueh Teow Seafood
Nescafe Tarik Ping
Tosai
Laksa ala Sabah Style
Lemon Tea Ping
Ini la menu yg terkini yg aku makan.... yg best kat Sabah nie.. even masuk kedai cina... x rasa tergugat sbb mostly tukang masaknya ada melayu dan mmg mereka x 'serve pork' pun... mmg truly 1 MALAYSIA la kat SABAH nie... proud to be SABAHAN beb...
So.... nanti saya update lagi utk menu2 terkini...
ADIOS... salamzzz....
Isnin, 31 Oktober 2011
Di persimpangan Dilema
Assalammualaikum My Blog,
Nampaknya kali ini aku dalam persimpangan dilema.. adakah ingin meneruskan apa yg aku rancangkan atau sekadar menerima sekali lagi apa yg dia lakukan terhadap aku... perasaan sayang bercampur aduk dengan benci terhadap dirinya... namun apakan daya aku.. aku tidak mampu menolak dia atas dasar takut atau kesian... entah lah.. hati ini masih berkecamuk bingung... keliru... segala-galanya bermain dalam fikiran dan minda....
Hati mengatakan dengan kuatnya aku harus tinggalkan dia demi kebahagiaan aku sendiri... tapi fikiran mengatakan tidak demi insan kecil aku yg sangat aku sayangi seluruh hidup ku... tapi aku berhak utk bahagia... apa guna untuk bersama sekiranya hati menderita.... fizikal didera.... minda diasak masalah dengan masalah.... arghh.....
Mulut2 di sekeliling aku meletakkan diri aku dihimpit dan terhimpit.... aku tahu bukan salah mereka utk berkata-kata... pada pandangan mereka.. mengapa harus aku biarkan diri merana... benar.. benar kata mereka..... ada segelintir mengatakan... dah hidup lama... x kesian pada yg lain... benar... benar juga kata mereka.... tapi... siapa yg nak kesian pada diri aku....
.................................................
Khamis, 6 Oktober 2011
Lunch Time!!
Dear My Blog...
Sekarang dah 5hb Oktober 2011, pukul 1.10ptg... ingat tadi nak lunch dgn MR. BUAYA DARAT tapi nampak gayanyer x jadi sbb bz keja walaupun time lunch lagipun nak ke ofis aku agak jauh dr tpt dia sekarang... xper la... melepaslah aku nak makan NASI AYAM hari nie... so bila dah x jadi lunch tu... ingat nak gi seberang jalan ke gerai yg biasa aku beli kuih2... tup2 aku tgk dr jauh.. tutup la pula hari nie... abeh hampeh jadinya....
Tukar plan lain... nak jln jauh sikit ke kedai makan belah ujung tu... yg mengambil kira dalam 10 minit berjalan kaki... panas pula time tengahari nie... lantak la... yg penting nak isi perut lagipun dah xder kedai makan lain selain kat situ la paling dekat... Jalan punya jalan.... belum pun sampai kedai tu... dr jauh aku tgk kedai tu tutup.. ermm.. aku pun menuju kedai runcit yg berada disebelah kedai makan... aku cuba2 korek2 info dgn amoi kedai tu... rupa2nya kedai makan tu tutup sbb di take over pula org.. mengikut amoi kedai tu... org cina yg take over so.. akan dibuka kedai makan cina la pula... waduh....dah x der tpt nak cari makan la gamaknya... At last, aku beli maggi & roti utk mengalas perut.... boleh asal bole isi perut....
Setelah membayar segala apa utk isi perut... aku pun balik semula ke ofis.... banyak tul keta time2 mcm nie... yelah org nak g lunch... dgn bebudak balik sekolah....
Sampai2 jer ofis terus aku masak air (ada heater kat ofis nie.. bawa sendiri jer)... dah siap masak... rendam maggi... tunggu 3 minit.. baru la makan.... siap2 cecah dgn roti... sedap gak time2 lapar nie.... :P dan sambil layan2 tgk citer JIWA & LARA kat tonton.com.my
Jom MAKAN!!!!
Jumaat, 23 September 2011
Selepas Hari Raya!!!
A'kum Dear Blog,
Dah masuk minggu ke-4 kita beraya kan..... tapi aku masih rindukan suasana bersama-sama anak2 aku... miss them so much... rasa mcm xnak balik jer hari tu... tapi demi kerja dan tanggungan yg ada.. aku gagahkan diri dan perasaan ini utk mencari rezeki halal demi mereka....
Sepanjang hari raya.. xder la spesel sgt cuma aku gembira sbb walaupun last minit aku balik ke kg.. aku hepi sgt dpt balik berjumpa anak2 aku.... dah hampir 3 bln lebih aku di labuan nie... ini la masanya aku lepaskan segala kerinduan aku pada mereka...
Hari ini 23hb September 2011, hari2 kat ofis mmg boring sbb aku srg jer kat ofis.. bila la ada teman nak berbual... pegi lunch... pegi keja sesama.. balik keja sesama.... hehehehehe... kekadang srg ada best kekadang ada x best nyer.... dah duduk srg2 nie.. for sure aku x der idea nak coretkan dlm blog aku.... rehat japz.... nak pikir2 dulu....
Adios...
Khamis, 21 Julai 2011
Nak pilih mana satu!!!
Dear My Blog,
Dlm beberapa hari ni aku asyik terfikir nak beli kamera.... nak DSLR ker atau Compact Camera jer....
gambar ehsan dr google
Angan-angan nak beli mcm gambar kat atas... x kira la jenama apa pun yg penting DSLR... tapi bila godek2 kat internet ada kamera yg menarik perhatian diri ku....
gambar ehsan dari google juga...
Inilah kamera yg menarik perhatian aku... best kan kepada sesiapa yg suka ambik gambar sendiri... lagipun dah lama aku x der bergambar.... rasanya kena la berusaha utk simpan duit utk dapatkan salah satu daripadanya... ermm... x sabar rasanya nak dptkan apa yg aku idamkan...
Tapi yang pastinya tidak lama lagi aku akan dapatkan ini.....
gambar ehsan dr Bumi Rizki
Insya Allah... kalau x der aral melintang... aku akan dptkan benda nie lepas hari raya..... x sabar rasanya utk dptkan.. x payahlah nak bergantung sepenuhnya dgn PC ofis... nanti jadi isu pula... yelah harta syarikat kan.... so... LINDA.... chaiyo...chaiyo.... tanamkan impian utk dptkannya.... BOLEH.... LINDA BOLEH..... AMIN.....
Jumaat, 15 Julai 2011
Doa
Dear Blog,
Seharian aku mengodek-godek internet utk mencari ayat2 atau surah2 Al-Quran sebagai pedoman dan bimbingan aku.... dalam menghadapi kehidupan seharian aku bagi melindungi anak2 dan org yg aku sayang. Banyak aku pelajari... sedikit demi sedikit menjadi bekalan aku dan akan menjadi amalan aku seharian... INSYA ALLAH...
Rajinnya aku mencari surah2 ini... adalah kerana terbuka hati aku membetulkan segala kehidupan aku yg agak goyang dan kucar-kacir... nampaknya... aku terlalai mengingatiNYA dlm kesibukan yg aku lakukan... Alhamdulillah... MAHA ESA masih membuka hati aku utk mendekatkan aku pd-NYA.. YA ALLAH... aku tahu hamba mu acap kali tersasar dan seringkali melupakan mu.. maka dgn itu.. KAU menguji aku dengan maha besar dan maha hebat UJIAN ini... yg pd mana2 manusia akan terasa tertekan... murung... sedih... kecewa.... namun demikian YA ALLAH.... dlm kekucaran hidup aku.. aku masih mengingati MU walaupun tidak sekerap mana namun demikian aku tetap takutkan balasanMU YA ALLAH.... Aku berharap dan aku yakin segala surah2 yg aku amalkan akan mengharmonikan kehidupan keluarga ku malah kami cuba utk melupakan perkara yg menyakitkan dan menyedihkan aku... semoga apa yg aku pinta ini dimakbulkan MU YA ALLAH... permudahkan urusan aku YA ALLAH.... namun demikian.. sekiranya segala yg aku perlakukan mendapat tentangan MU YA ALLAH... aku redha sekiranya ini adalah kesudahan yg aku terima...
Skrg masa utk pratikkan semua yg aku carikan... LINDA.. tanamkan sifat utk berubah.. bukan lagi duduk menanti buah yg takkan jatuh.... CHAIYO...CHAIYO.... AMIN....
Rabu, 13 Julai 2011
Kerja Seharian aku...
Dear Blog,
Dari mula aku kerja sampai la sekarang ini (13 Julai 2011), kerja aku yg buat cuma.... FB.. semak2 email... tonton movie kat youtube x pun tonton drama korea dan sewaktu denganya... begitulah seharian kehidupan aku di pejabat.... dengar mcm membosankan... mmg membosankan tapi ikut kreativiti sendiri untuk menceriakan keadaaan...
Kalau korang berada di tempat aku.. apa agaknyer idea2 lagi untuk menghilangkan kebosanan korang.... tgk movie aku dah buat.... mcm2 movie aku dah tengok... FB lagi la hari2 makin bosan.. cuma update yg perlu.. skrg aktiviti terbaru pula... tulis blog seperti yg aku lakukan sekarang nie...
Sekarang aku dah mula hilang idea utk menulis... sekejap tgk FB... sekejap tgk movie.... ada dtg idea... berenti dulu then tulis... kan best masa sekolah... dulu aku aktif tulis cerpen... rasanya nak mulakan la penulisan aku.. x der la hebat sgt.. sekadar siok sendiri bak kata org.... org kata bukan aku kata... hehehehehe... ermm.. nanti aku fikirkan utk menulis semula... akan mencari sumber utk dijadikan cerita.... Cerita cinta... cerita seram.. cerita komedi... apa agaknyer... idea.. idea... mari la dtg kedalam otak aku nie.. hehehehehhe
Cukup dulu setakat nie.... aku nak perah idea dulu... ADIOS
Isnin, 11 Julai 2011
Hidup aku di Labuan!! (Part II)
Kesinambungan cerita aku minggu lepas.... hehehhehehe.... aku pikir sat kat mana aku nak mulakan.... Oh ya! last yg aku citer aku dan hubby sewa BILIK RM600 sebulan tu kan.... tang sana la aku last citer.... mmg OMG... OMG.... but nak buat mcm mana... duduk di Labuan... sewa rumah amat2 la mahal dan tinggi.... nak dapatkan murah... kena sendiri pandai cari la... nampak gayanyer... x der jln lain... kami terpaksa juga menyewa kat situ.. dgn menutup mata membayar Bilik RM600... (nasib bukan aku yg keluarkan duit tu... x ler rasa terkezut)
Pejam celik - pejam celik.... hampir sebulan lebih gak aku kat Labuan nie... dan aku merindui anak2 yg aku tinggalkan dgn parents aku... mcmana keadaan mereka... setiap hari aku menelefon untuk melepaskan rindu yg sangat sehingga x terkata... tapi masih tidak dpt membendung kerinduan aku... setakat mendengar suara ja.. tidak dapat memeluk.. mencium... bermain.... segala-galanya...
Mereka segala-galanya bagi aku.... nuttin words can describe how much i love and miss them so much....
Jumaat, 8 Julai 2011
Hidup aku di Labuan!! (Part I)
Dear Blog....
Agak lama aku tinggalkan kau tanpa perkhabaran terkini... bukan xder cerita... ader cerita.. hidup ini penuh dengan cerita cuma antara mau atau tidak utk aku ceritakan disini... adakah ia terlalu peribadi, mungkin... adakah aku malas utk update seperti blog
gers yg lain... mungkin... adakah aku rasakan cerita ini perlu masa utk diceritakan... mungkin.... Tapi akhirnya, aku bersedia utk menceritakan semula... jari jemari mula menekan kekunci komputer ofis ini dan otak aku sedang menitipkan idea-idea utk aku taburkan dalam dirimu BLOG!!
Akhirnya dapat juga aku kembali ke tempat asal ku walaupun pada dasarnya Labuan bukan tempat kelahiran ku tapi ia adalah salah satu tempat dibawah Negeri Sabah.... Lebih kurang agaknya..
. apa2 hal aku gembira utk kembali ke Sabah..
Ini lah peta Pulau Labuan... kecik mmg kecik... tidak banyak tempat utk berjalan... ia adalah pulau bebas cukai... mmg bebas cukai pun utk barangan seperti ARAK, COKLAT & ROKOK... itu ajer yg aku nampak murah... But, di mata penduduk tetap sini... disini ada keindahan dan kelebihan bg NEW PERSON AS ME.... yg belum nampak kelebihan Pulau Labuan... Still searching...
Last time aku menjejakkan kaki pun dah agak lama.... lebih dr 10 tahun agaknyer... masa bujang2 katakan.... Sekarang aku datang semula bg tuntutan kerja..
Cantikkan pemandangan ketika matahati terbenam..... x der la nampak but akan cuba dapatkan keindahan ALLAH swt berikan.... HOPEFULLY.... one day
Hampir sebulan lebih aku di Labuan.. suka duka... susah.. senang... aku rasa sgt... pada mulanya aku sampai disini... aku menumpang tinggal di rumah anak buah Hubby aku... sementara nak dapatkan rumah sewa.. pada mulanya... nampak baik dan elok.. x sampai 2 minggu... aku terpaksa keluar dr rumah tu kunun alasan mereka.. keluarga mentua mereka nak datang dan stay lama kat sana so xder bilik nak letakkan keluarga mereka.... aku tertanya-tanya... aku bukan keluarga ka... memandangkan cara mereka yg kurang sopan dan mmg kurang ajar... seakan-akan aku dihalau keluar (kalau korang la di tpt aku.. for sure korang rasa korang dihalau)... mlm tu juga aku keluar dr rumah dgn alasan aku dpt rumah sewa padahal hakikatnya aku terpaksa bermalam di ofis aku.... yg memburukkan keadaan lagi... masa tu hubby aku xder di sisi... lg la merana hati aku... 2 mlm aku tido di ofis... sedih.. rindu...berkecamuk... semua perasaan aku berbaur...
Hari ke-3 aku dihalau.. hubby aku sampai di Labuan terus bawa aku utk menyewa di salah sebuah bilik sewa seakan-akan rumah tumpangan (ala2 mcm citer P.Ramlee tu.... tapi kira ok sikit ada AIRCOND).... aku menarik nafas lega tapi hampir2 terduduk sbb sewa bilik tu RM600... OMG!!!
ermm... penat lak nak menaip... nanti aku sambung lagi... ADIOS....
Selasa, 3 Mei 2011
Transfer!!
Dear My Blog!!!
Dalam beberapa bulan ini.... byk yg berlaku dan byk yg menguris perasaan aku.... tah la... sejak kebelakangan ini hati aku cepat tersentuh.. kalau dulu org mengata mcm2 kat aku.. aku boleh lagi bertahan buat tidak dengar.. tapi bila mendengar suara2 yg menghentam cara hidup aku.. aku rasa nak melenting... besar sgt ker kesalahan yg aku buat... susah sgt utk mereka lupakan perkara yg dah berlaku sehingga ingin diungkitkan sampai skrg.. aku kacau hidup mereka ker??? sampai kehidupan org yg aku syg turut rasa tempias... aku tahu sapa diri aku... aku tahu aku cuma menumpang kasih... aku tahu apa silap dan salah aku.... tapi salahkah aku di letakkan dlm kehidupan yg penuh ranjau duri ini.... salah Allah SWT meletakkan takdir ini kepada aku.... hampir2 air mata ini mau menitis tp aku tahan2 agar tidak menampakkan aku sbg org yg lemah....
Ya Allah SWT... aku tahu hamba mu ini penuh melakukan dosa... tapi adakah wajar bg mereka utk menindas hamba mu ini.... aku tahu aku x sesempurna mereka tapi adakah mereka sedar bahawa mereka pun tidak juga sempurna... arghh.... aku benci dgn perasaan ini.....
Selasa, 29 Mac 2011
Pengenalan Sejarah Mukim Budu
28th Mar 2011
Ahad yg lepas, aku ikut family aku pegi Khidmat Masyarakt anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) sbbnya abah aku salah srg ahli merangkap Bendahari... so, dr x der menda nak buat kat umah.. kitaorg pun pegi la..
Nak di jadikan citer, aku nak menarik perhatian sesiapa yg sudi membaca blog aku nie... renung2kan Sejarah Mukim Budu nie.. aku pun baru tau!!
- Mukim Budu merupakan sebuah mukim yang sangat penting dalam sejarah negeri Pahang. banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini.
- Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg. Budu, Kg. Benta, Kg. Chat, Kg. Tualang padang, Kg. Peruang dan Kg. Terap.
- Tempat kelahiran Khatib Rasu Abdul Salam bin Tok Shahrum atau Tok Gajah atau Imam Perang dan berkahwin dengan Cik Jebah dari Batu Naga di dalam perkampungan Tualang Padang. Juga merupakan tempat kelahiran dan membesarnya Pahlawan Melayu Mat Kilau bin Khatin Rasu Abdul Salam.
- Mukim Budu telah dianugerahkan oleh Sultan Ahmad kepada Tok Gajah atas kejayaan beliau memimpin pasukan Pahang mengalahkan Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Pada usia muda serta ketokohannya memimpin, Tok Gajah telah digelar Imam Perang Rasu dalam perang Saudara Pahang. Sultan Ahmad juga menganugerahkan gelaran Orang Kaya Indera Gajah yang merupakan Orang Besar Raja, Negeri Pahang. Di kalangan Pembesar-pembesar Pahang, Tok Gajah disifatkan sebagai seorang yang sangat alim, setia dan lurus. Semasa kepimpinan beliau, Mukim Budu merupakan antara mukim yang sangat maju.
- Perigi Sejarah Mat Kilau
- Kubu Parit Dalam
- Kubu Tualang Padang
- Sungai Teka yang digunakan oleh pahlawan sebagai jalan pengangkutan utama
- Perkuburan lama Kg. Empau (tempat pengikut2 Tok Gajah dan Mat Kilau disemadikan)
- Perkuburan lama Kg. Tualang di Kg. Terap
- Perkampunagn lama Permatang ataupun Bukit Raya
- Bekas Penerih Emas di Bukit Raya
- Tapak Peperangan di Bukit Perangin Kg. Empau Mukim Budu
Itu la serba sedikit yg boleh aku kongsikan bersama. Kalau nak cerita lagi, panjang sgt.. so ini hanya sebagai maklumat utk kalian..... Adios
Rabu, 23 Mac 2011
INTERNAL TRANSFER!!
23rd March 2011
Hari tu penuh semangat aku kunun nak memulakn bakat penulisan aku.. tapi ini dah mula nak jadi malas... hehehehehe... MALAS menguasai diri aku.... Apa2 pun... aku cuba untuk bercerita sedikit demi sedikit.. setakat mana otak ini mampu menganyam kata2 dan bait2 ayat.
Isnin lepas (21 Mar 2011).. menjadi titik permulaan aku memulakan satu cabaran baru bg memulakan satu suasana yg agak BARU bg diriku... tapi aku sahut dgn REDHA.. dan penuh keyakinan. Alhamdulillah juga... mereka masih memberikan kepercayaan kepada aku utk memikul satu tanggungjawab yg baru pd aku... Ini adalah satu CABARAN BESAR bg diri ku tapi aku sahut cabaran tersebut kerana aku SUKAKAN CABARAN ini... kerana hidup kita ini hari2 penuh dengan cabaran antara kita mampu atau tidak utk menempuhinya. Aku cukup bangga kemahiran aku digunapakai walau aku sendiri x pasti tang mana yg aku best sgt... tapi aku bersyukur kerana mereka nampak potensi aku utk melakukan kerja yg blum pernah aku buat...
Semoga apa yg aku lakukan ini diberi keberkatan dan kekuatan untuk mengharungi segala dugaan MU. AMIN!! Kepada sesiapa yg rasa diri tu bagus sgt.. ingat2 la.. sbb Allah SWT maha adil dan saksama... jgn la kerana nila setitik rosak susu sebelanga!!
Operations Dept, here i come.... TERIMALAH AKU SEADANYA!!!
Khamis, 17 Mac 2011
Servis Bertukar tangan!!!
17hb March 2011
Berita terkini... akhirnya servis bertukar tangan... best sgt apabila management telah diambil alih oleh En. XXX, masing2 menarik nafas lega.. syukur kehadrat Ilahi kerana mendengar doa2 org teraniaya seperti Wati.. dan kengkawan yg lain... kenapa harus KSS mesti jadi sedemikian... menjadikan kerja2 kami kelam-kabut... kucar-kacir... Entah... aku sendiri pun tidak dapat menjawab persoalan yg aku rasa dia sahaja yg tahu.
Rasakan 3 bln lebih bekerja di sykt nie... byk membuka mata aku.. ada org lagi lebih kejam dan sanggup menjadi tamak demi kepentingan diri sendiri... bukan ingin menyalahkan 100% org2 KL nie.. aku tahu ada juga kebanyakkan org2 di KL ada yg baik.. tapi... ini adalah kali pertama aku bekerja di bawah pengurus yg tidak professional... membuat keputusan berdasarkan emosi... kemudian menjadi dendam... kemudian dikelilingi org2 yg sama2 ingin menjatuhkan bangsa sendiri dan demi kepentingan sendiri.. dimana masing2 berlagak pandai dan buat2 sibuk sedangkan kerja x seberapa... arghh.. pedulika mereka.. apa yg aku tau... aku akan lakukan tugas2 aku seperti biasa... diorg nak ngumpat ker... nak cakap apa2 ker pasal aku.. aku berTERIMA KASIH atas perhatian mereka terhadap aku... GLAMOUR gak aku kan... sbb org dok cakap pasal aku.... well what can i say... aku kan comel gitu... ayu.. hahahahaha... (iyer ker???)
Well.. berbalik pada tujuan sebenar aku (terover pula puji diri sendiri.. hehehe). Memang kali ini cukup lega bila aku x perlu fikir utk berenti keja... cari keja lain.... nak pegi interview... INI KL.. bukan KK... kalau kat KK bole la aku ke sana ke sini mencari pekerjaan... biarpun disini mempunyai banyak peluang pekerjaan tapi terlampau byk persaingan dan aku yg kerdil kena lebih berusaha dr yg apa yg aku ada... MAMPUKAH aku!!! Insya allah... kekuatan hati..kekuatan mental & fizikal... demi membahagiakan ANAK2, aku rela & sanggup menempuh cabaran itu..
Buka lembaran baru.... bukan citer baru... :)
Isnin, 24 Januari 2011
2011 - AZAM??!!
Assalammualaikum semua.....
Dah nak masuk bulan Feb, baru kali nie aku menaip utk update blog aku... maybe x der citer.. atau ada citer cuma tak tau nak luahkan mcm mana.... ermm... (masih tertanya-tanya)
Hampir 2 bln aku keja kat sini.... so far.... aku still x sure adakah patut aku bekerja lama di sini atau... ada peluang lain aku akan berenti dr sini... well... setakat nie.. aku bole bertahan tapi sampai bila... environment sini sgt berbeza dgn previous company aku dulu, ermm... but there's a lot of thing yg aku telah pelajari... jadi aku cuba timba pengalaman seberapa daya aku boleh bertahan... setakat ini keja2 semua aku dpt buat cuma MANAGER of this dept aku x leh handle.... ermm.. kenapa yer?? kerana sikapnya.... atau dia mmg tak reti pasal management!!! I try to be strong for my CHILDREN!! Thank god... i have them.. if not... i will resign 24hrs... for sure... lupakan pasal dia tu... menyakitkan kepala aku!!!
Aku baru balik dr kg smlm (23 Jan), rindu dgn anak2... sbb dah brp minggu x balik... rasa cam lama sgt.... apa x nyer... aku dah biasa balik keja.. layan anak2 tapi for this aku terpaksa berkorban demi mereka... anak bongsu aku dah semakin berat dan semakin tembam... gigi dah 4 btg... makin nakal... panjat sana sini... anak no. 2 aku... lagi la.. nakal... well.. dua2 lelaki.. x heran la mereka nakal... dan degil... anak perempuan aku... da only one daughter, hari2 nak cantik.. nak lawa.... nak pakai baju baru jer hari2... pakai bedak.. sampai putih muka kalah2 japanese make up for wedding... hehehe.... but mereka la penawar tiap kali bersedih.... MISS THEM SO MUCH!!!
Cukup utk pagi nie la... anything aku update kemudian...
Langgan:
Catatan (Atom)