A Piece of my LIFE!!

Segala-galanya yang berlaku sepanjang perjalanan hidupku... suka duka..pahit.. manis.... sebagai pedoman untuk menjadikan aku lebih BAIK dan TERBAIK..

Khamis, 30 Julai 2015

Big Bang!!!

Assalammualaikum my Dear Blog... 

Halo... Halo.. Halo... (Wajib 3 kali nie) hehehehe.. 

Lama betul tak menjenguk kesygan hamba nie, dah bersawang lelabah dah ni... Bukan xder citer cuma nafsu malas menguasai diri bak kata lain mmg pemalas nak updates... 

Entry lepas aku ada citer pasal MV k-pop yg aku minat sangat. Kali ni ada lagi group yang membuat aku ketagih nak dengar... BIG BANG... Lagu single baru diorang mmg best giler, single MADE... Daebak sgt.. 


Ini mv lagu Bang Bang Bang.. Mmg bertenaga sesangat.. Walaupun aku cuma tahu beberapa perkataan hangul, tapi tetap nak ikut menyanyi... Group ni mmg dah lama bertapak tapi tau aja aku ni kalau dgr lagu sedap di telinga, tak kira lagu genre apa pun.. Mmg aku layan semua. Tapi kali ni arah halwa telinga aku pada k-pop.. 

Hari tu aku minat kat #yonghwa sbb dia salah srg idol k-pop hensem yg buat aku termimpikan dia.. Mesti korang yg baca mesti rasa meluatkan, dah tua2 nak minat k-pop... Lantak la telinga aku... Hehehehe (mesti berasap bila aku ckp mcm nie kan).. Takder la.. Muzik tu kan universal, aku hilang stress hanya dgr lagu (jgn pula nak hentam aku, napa x baca al-quran utk hilangkan stress... ) itu dah tentu menjadi makanan aku setiap kali solat (jgn pula mengata aku nak riak) aku cuma nyatakan jer sbb setiap org pasti akan hamburkan komen2 yg sgt bernas... (Faham2 jer la yer!!!)

Hakikatnya... Aktiviti mcm nie sekadar mengisi masa lapang aku... Anyway.. Anyhow.. Ini cara aku hiburkan sendiri dr aku pegi buat keja tak senonoh kan.. Kan...

Ok la.. Nak g layan abam #GDragon #bigbang... 

Annyeong!!!

Tiada ulasan: