Dear Blog,
Akhirnya keputusan aku sudah sampai kepada kemuncaknya... bila mana aku telah failkan tuntutan fasakh aku di mahkahmah syariah pada 27hb Januari 2012.. dalam masa sehari suntuk aku selesaikan perkara tersebut... tarikh perbicaraan diadakan pada 13hb Febuari 2012. Harap-harap semua berjalan dengan lancar.. tidak sudah aku sanggup untuk menanggung lagi hati yang amat sangat terluka dan terguris ini... hendak sembuh akan mengambil masa dan belum tentu akan sembuh sepenuhnya.
Makin aku biarkan makin hati ini terluka dan makin parah.. ku kuatkan semangat ini untuk menghadapi segala rintangan dan aku pasti Allah SWT sentiasa berada dengan aku.. dan aku pasti Allah SWT memberikan yang terbaik dalam kehidupan aku.. cuma aku yang kadangkala terlalai mengingatiNYA.
Walaupun aku sudah failkan kes aku.... masih belum nampak dia rasa menyesal dengan segala perbuatannya... dan masih lagi mahu membohong aku.. tapi Allah SWT sentiasa membantu orang yang teraniaya seperti aku... biarpun aku dengan cara baik aku bertanya... namun dia bermati-matian tidak mau mengaku kesalahan dia... arghh.. biarkan.. sampai bila dia mau menyimpan....
Segala-galanya akan selesai....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan