A Piece of my LIFE!!

Segala-galanya yang berlaku sepanjang perjalanan hidupku... suka duka..pahit.. manis.... sebagai pedoman untuk menjadikan aku lebih BAIK dan TERBAIK..

Jumaat, 22 Jun 2012

CEMBURU @ JEALOUS!!!

Hi my Blog,

Agak lama aku x coretkan dan luahkan apa yg terbuku dihati nie.... hehehehe... 

Kali nie, aku nak cakap pasal cemburu.... geram.... benci.... bila ADA ORANG tu keterlaluan CEMBURU.... bak kata org CEMBURU BUTA!! (adakah cemburu buta).  Ini citer... kisah.... story.... alkisahnya.... 2 hari yg lalu... ORANG tu boleh tanya aku mcm2 apa aku buat kat ofis... Giler... dia ingat aku nie kemaruk sgt ke nak buat benda2 yg tah hapa2 tu... (faham2 jer la apa yg aku maksudkan) .. berkali-kali aku katakan tidak benar segala tuduhan.. tapi dituduh sehingga mengakibatkan pertengkaran... dan juga pergaduhan... TENSION betul aku.... BILA kita bercakap benar dianggap kita nie menipu.. tapi bila aku tidak berkata benar (aka BOHONG @ TIPU) mcm ok jer... 

Akhirnya.. dr aku dok menangis mempertahankan maruah dan kebenaran aku yg mmg berkata benar selain benar... aku JUNJUNG AL-QURAN membuktikan aku mmg tidak berbohong.... Barulah ORANG TERSEBUT (bkn nama sebenar) terdiam bila melihat aku dlm keadaan yg teresak-esak menangis menjunjung AL-QURAN di atas kepala ku dan bersumpah atas nama ALLAH SWT...  

Baru puas hati aku..... 


mmg keadaan ORG TERSEBUT tidak dpt ditenangkan bila CEMBURU GILER B***!!!



Adakah CEMBURU itu akan mengakibatkan kita hilang akal sehingga boleh mencederakan seseorang...


selalunya sinonim PEREMPUAN yg CEMBURU... tp jika LELAKI.... ???


AKU BENCI!!!!!


Sudah merasa keadaan begini!!!


SIAPA KUAT CEMBURU!!


BENARKAH CINTA ITU RINDU DAN CEMBURU!!!???


Memang... sememangnya... CEMBURU itu adalah satu penyakit yg susah utk diubati.. tiada ubat yg boleh menyembuhkan penyakit ini..... 




Rabu, 13 Jun 2012

Labuan : Part 1


Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan

Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre).


1880 : 
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.


1846 : 
Labuan secara rasmi telah diserahkan kepada British oleh RAJA MUDA HASIM pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai PELABUAN BEBAS.


1888 : 
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada BRITISH NORTH BORNEO COMPANY yang juga dikenali sebagai THE CHARTERED COMPANY.


1907 : 
Labuan diletakkan dibawah Pentadbiran Negeri-Negeri Selat.


1942 : 
Tentera Jepun telah mencerobohi dan menguasainya. Labuan diberi nama baru sebagai PULAI MAIDA


1945 : 
JENERAL MASAO BABA menandatangani SURAT PERJANJIAN menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan JENERAL MEJAR GEORGE F.WOOTTEN, Komander Tentera Divisyen Briged ke-9 Australia.


1947 : 
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.


16 April 1984 : Labuan diisytiharkan sebagai WILAYAH PERSEKUTUAN

1 Oktober 1990 : Diisytiharkan sebagai PUSAT KEWANGAN LUAR PESISIR ANTARABANGSA (IOFC)


Pengisytiharan Labuan Sebagai Wilayah Persekutuan
16 April 1984

Pada mulanya cadangan meletakkan Pulau Labuan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Mohd. Salleh selepas mesyuarat Barisan Nasional di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 1983. Dewan Undangan negeri Sabah telah bersidang pada 8 Mac 1984 untuk meluluskan Enakmen Wilayah Persekutuan Labuan 1984 (Federal Territory Of Labuan Enactment 1984). Pada 16 April 1984, Wilayah Persekutuan Labuan ditubuhkan secara rasminya mengikut Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984. Sempadan-sempadan negeri Sabah telah diubah dengan mengeluarkan Wilayah Persekutuan Labuan. Sebagaimana yang termaktub melalui peruntukan Perkara 3 dan Perkara 4 Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1984. Labuan sebagai Wilayah Persekutuan akan terdiri daripada Pulau Labuan dan semua wilayah dengan lingkungan 4.8km (3 batu nautika) daripada pulau berkenaan, termasuk pulau-pulau Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Kuraman, Burong, Papan dan Daat.
Ia akan ditadbir di bawah Kerajaan Persekutuan dan diletakkan di bawah kawalan Menteri. Sementara itu di Labuan tarikh 16 April 1984 menjadi tarikh bersejarah dan penuh bermakna kepada penduduknya. Di Padang Bandaran, ribuan penduduk Labuan menyaksikan Perdana Menteri pada masa itu, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir B. Mohamad dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd. Salleh menandatangani dokumen "Perjanjian Labuan" yang menukarkan status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Pelbagai acara dan majlis seperti Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional, Perasmian Taman Damai di Layang-layangan, pertandingan gasing serta perarakan tanglung dan kereta berhias telah diadakan untuk memeriahkan hari bersejarah Labuan.



(p/s : hasil ehsan daripada Perbadanan Labuan)