A Piece of my LIFE!!

Segala-galanya yang berlaku sepanjang perjalanan hidupku... suka duka..pahit.. manis.... sebagai pedoman untuk menjadikan aku lebih BAIK dan TERBAIK..

Isnin, 10 Disember 2012

Kehamilan tidak diduga!!

Assalammualaikum... dan helo my dear BLOG!!

AGAK LAMA X APDET APA2 KAT BLOG NIE.. BUKAN XDER CITER... MMG ADER.. CUMA MALAS MENYELUBUNGI DIRI SEJAK KEHADIRAN ORG KEDUA NIE.... :p

KEHADIRAN ORG KEDUA NIE TIDAK KU JANGKAKAN.... DAN TIDAK DPT AKU MENERIMA KEHADIRANNYA DI WAKTU KEMUNCULANNYA... BERULANG-ULANG KALI AKU MEMIKIRKAN ADAKAH INGIN MENERIMANYA ATAU PUN MEMBIARKANNYA SAHAJA... ADA JUGA PIKIRAN2 JAHAT MENULAR KEDLM HATI DAN PIKIRAN AKU INI... NAMUN RASA BERSALAH TIMBUL TENGGELAM DI ARUS PEMIKIRAN AKU YG KUSUT INI... WADUH.... KENAPA DIA HARUS HADIR KETIKA AKU DALAM DILEMA NIE... DI SAAT AKU TENGAH BERPERANG PERASAAN DGN ORG YG ADA DISISI KU... DAN KEHADIRAN ORG KEDUA YG TIDAK KU JANGKA...

MEMANG AKU SEDAR DIA AKAN DATANG APABILA KU LIHAT KALENDAR MENUNJUKKAN AKU SUDAH TERLEWAT BEBERAPA BULAN... TAPI AKU MASIH MENAFIKAN KEHADIRANNYA....

TAPI, BILA USIA MENGINJAK KE 7 BULAN BARU AKU MENERIMA HAKIKAT BAHAWA KEHADIRANNYA ADALAH REZEKI YG AMAT SUCI, BERSIH & KEBAHAGIAN YG MENERANGI KEHIDUPAN AKU... AKU MULA DPT MENERIMANYA DAN MULA MENYAYANGI DIRINYA.... TIDAK KU SABAR MELIHAT DIRINYA DAN KEINGINAN AKU INGIN MENDAKAPNYA DI PELUKAN KU..... 

LAGI 2 BULAN AKAN AKU BERTEMU DGN DIRINYA.. BERSUA MUKA.... 

NEW BABY COMING SOON ON FEBUARY!!!

GEMPAK JER KAN..... HEHEHEHEHE.... :D

Khamis, 1 November 2012

Nama Isteri dalam HP suami!!!! (Betul ker???)


Errmm.. u guys yang mana? :-))

1. Baru menikah: MY LOVELY WIFE (♥♥,)  ➳♥ 

2. 1 thn menikah: MY WIFE/MUMMY ♥♥ 

3. 5 thn menikah: HOME (✿◠‿◠)

4. 10 thn menikah: IBU PEJABAT :x 

5. 15 thn menikah: BILIK GERAKAN  ̃o.O 

6.  20 thn menikah: BUKIT AMAN (◑.◑)

7. 25 thn menikah: WRONG NUMBER    (╥﹏╥)

8. 30 thn menikah: JANGAN ANGKAT  ๏̯̃๏ 

9. 35 thn menikah: MAK LAMPIR ٩(×̯×)۶



pada yang dah menikah, dah rasa tua, rajin rajin la check hp suami anda yea, tengok gelaran yg anda dapat ..!!!

Road to Alcoholism!!!


GUYS WILL APPRECIATEDTHIS AND YOU GALS WILL GET A GOOD LAUGH...... HAVE A GREAT DAY!!!!



I used to be like this......

Then I met a girl...... 


She was like this 


Together, we like this... 


I gave her gift like this.... 


When she accepted my proposal, I was like this.... 


I used to talk to her all night like this.... 


And at the office I used to do this..... 


When my friends saw my girlfriend, they stared like this..... 


And I used to react like this.... 


But on Valentines Day, she received a red rose from someone else like this..... 


And she was like this.....


And I was like this.... 


Which later led to this.... 


and this..... 


I felt like doing this.... 


So I started doing this.... 


Now look at me.... 


DAMN GIRLS!!!!! 



Hehehe.... best x.... ini sekadar menceriakan hari jer... !!!


Khamis, 25 Oktober 2012

CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA!!


Dear My blogs... oopss... ASSALAMMUALAIKUM..... 


Hehehe... cam gempak jer kan tajuk entry aku kali nie... meh...meh... kita tgk ciri-ciri lelaki idaman wanita..... 

* LELAKI TULEN *

~ Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki. Oleh itu, dia bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku sehingga terkeluar daripada kategori lelaki ~

* LELAKI YANG BERHARGA *

~ Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan dirinya tidak berharga ~

* LELAKI YANG TEGUH JIWA *

~ Tidak mudah mengalirkan air mata. Apabila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita ~

* LELAKI YANG SEDERHANA *

~ Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri ~

* LELAKI YANG CANTIK *

~ Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada sikapnya dan kebersihan hatinya ~

* LELAKI YANG BERPENDIRIAN *

~ Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji apabila berjanji ~

* LELAKI YANG KEMAS DAN BERSIH *

~ Menjaga kebersihan serta berdandan, tetapi tidak secara berlebihan. Pakaianya kemas dan tidak nampak canggung ~

* LELAKI YANG CERDIK *

~ Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wnaita tanpa perlu dinyatakan ~

* LELAKI YANG CEKAP *

~ Segera memberikan apa yang dihajati oleh wanita tanpa perlu diminta terlebih dahulu ~

* LELAKI YANG BIJAK *

~ Tidak suka bercerita berkenaan kelebihan ataupun ketampanan dirinya ~

* LELAKI YANG TABAH *

~ Tidak mudah hilang akal apabila menghadapi masalah dan tidak bingung ataupun kalut apabila menghadapi suasana tertekan, kesuntukan masa, ataupun cemas ~

* LELAKI YANG BERWAWASAN *

~ Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan bagi melakukan perkara-perkara yang produktif ~

* LELAKI YANG BAIK *

~ Tidak suka hidup berfoya-foya. Taat pada suruhan agama, tidak berjudi, berzina, ataupun minum arak ~

* LELAKI YANG SOPAN *

~ Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati ~

* LELAKI YANG MENGASIHI *

~ Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya kepada wanita itu, tetapi suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu ~

* LELAKI YANG CERIA *

~ Dapat berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya~

So.... inilah ciri-ciri lelaki idaman wanita.... ermm... mungkin x semuanya korang bersetuju kan... tapi ada la sikit2 yang diharap... 

kalau nak memahami lebih lanjut baca la NOVEL "PRINCE CHARMING... SIAPA AWAK" oleh Lily Haslina Nasir.... hehehehe... gempak jer kan aku.... rupa2nya aku pinjam jer kata2 dr Penulis NOVEL nie... tapi bila difahami.. mmg ini la idaman wanita utk dptkan lelaki sesempurna itu.... 

Ok.. renung2kan..... ADIOS!!!







Rabu, 17 Oktober 2012

Rindu!!!

Assalammualaikum My Dear Blogs....

Rindu... Rindu.....
Rindu pada sapa la tu kan.... opkos la.. aku rindu anak2 aku.... sehari bagaikan setahun jer rasanya... kenangan dan ingatan aku sewaktu hari raya meluangkan masa bermanja-manja dgn anak2 aku asyik terbayang beberap hari ini...

Sekadar bertelefon utk bebrp waktu tidak melangsaikan hutang rindu aku pada anak... kekadang pd dinihari akan menitis air mata dara (dara sgt la kan)..... 






















Jumaat, 28 September 2012

Bakat Terpendam Abang...

Assalammualaikum.... dan helo my blog.....

Hari ni agak lemas sikit nak g keja... yelah nak hujung minggu kan.... lagi2 hari ni JUMAAT.. lagi la jd lembs sikit... (sikit ker... mcm byk jer!!) Well.... well..... nak tunjuk sikit ketereran anak aku... meh sini aku tunjuk... meh sini... dekat... dekat... dekat lagi... lagi...... >D


hehehee..... nie la tiap kali kejadian bila Abg tidur.... dia mesti main2 telinga time nak tidur... suka skli masuk2kan cuping ke telinga dia.... 






Ini baru sebelah.... kalau buat kedua-dua belah.. dah rupa cam alien sikit... hehehehehe..



Khamis, 27 September 2012

Penyibuk!!!

Assalammualaikum... Hi My Dear Blog!!!

Ermm.. pepagi-pagi dah sebut entry PENYIBUK... menda nie dah lama cuma baru skrg ada idea nak tulis... Ini alkisahnya.... my baby boy Mohamed Haiqal a.ka. ABG.... tersangat-sangat nakal..... dan mulutnya.... org sabah cakap... TUMPIS betul.... mulut xder insurans... petah sgt bercakap.... hehehehe... mcm mama dia gak... cakap kekadang x berlapis. Nasibla... like mom like son....

Ini berplaster-plaster nie pasal nak menyibuk jer time mama dia sedang sibuk urus adiknya Mohamed Haqimi @ Adik Qimi.... Time situ la org tgk sibuk... time tu juga dia nak bz.... ngam2 lagi dapur kat umah tu agak sempit ruangnya.... kebetulan Mama Wan tgh tertungging-tungging mencari bahan masakan dlm peti ais  dan time tu juga la si ABG nie nak menyelit kat belakang Mama Wan dia.... last2.... terhimpit antara belakang Mama Wan dia dan kabinet dapur.... Kebetulan pula tombol kabinet dapur tu dah tinggal skru jer... so... terhimpit la si abg lalu belakangnya tercedera.... 

Mau x meraung ABG time tu... sapa suruh.... ikut menyibuk lagikan... kan dah dpt souvenir... hari tu kena kat bibir.... kali nie kat belakang badan..... luka x la dlm sgt tp mau gak pedih tu.... letak minyak afiat..... lepas tu Abg leh request suruh letak plaster... ikut aja la..... 





Malu2 la tu..... 

Tapi sekejap jer... dah leh gelak2..... 
   

Isnin, 24 September 2012

Cara-Cara Makan SUP TULANG!!!

Assalammualaikum wbt..... Hi my dear BLOG!!


Hehehe... mesti pelik kan dgn tajuk entry aku nie... napa la nak ajar org cara-cara nak makan / minum sup tulang....  :D 


X tahu la mcm mana nak kasi edit nie... aku upload jer...

Comel kan 2nd boyfie aku nie..... rindu dgn boyfie aku nie...... 

Jumaat, 21 September 2012

Nakalnyer.....

Inilah akibatnya kalau nakal sgt.... bertapuk-tapuk sana dlm bilik... last2 jadi cam nie....


 Nak tahu kenapa baby boy aku jadi cam nie... ini la akibat nak jadi org dewasa... baby boy aku nie pegi try2 guna pisau cukur milik pak sedaranya yg x sengaja ditinggalkan kat dlm bilik tidur... 

Bila aku dok panggil anak jantan aku yg berlagak dewasa nie x menyahut.. aku dok sergah kat dlm bilik... tup2  nampak darah meleleh kat bibir.... terus tanya... dia dok geleng2 kepala.. takut kena marah.... last2 mengaku juga... bila aku sebut "abg main pisau cukur pak jang yer?"


Waduh.... waduh.... gawat... darah x berenti biar aku dah tekan dgn kain.... nampak gayanya kena buat mcm nie... 

lucu pun ada...geram pun ada... marah pun.... belum berkumis & berjanggut.. angan2 nak gi cukur2 kan... kan jadi tandatangan kat bibir tu..... nasib baby boy aku x nangis.... proud with him... satu pengalaman utk dia merasa agar kemudian hari dia takkan buat lagi.... 

"Kan abg, mama dah bilang jgn suka tapuk2 buat mcm nie... tgk dah sumbing bibir....."




Jumaat, 14 September 2012

Gunung Berapi dah Meletup!!

Assalammualaikum dan hi dear My Blog....

Gunung berapi dah meletup?!! Nampak sangat ketaranya kan... kalau gunung berapi dah meletup sehingga mengeluarkan lahar panasnya yg mengelegak.. sehingga nak dekat pun kira leh masak atau lebih tepat hangus bak arang... 

Begitulah perasaan dan emosi aku sekarang.... kesabaran aku dah meletup dan melimpah sehingga tak boleh ditadah dengan apa sekalipun benda untuk menampung api kemarahan dan kesedihan aku. Apalah kelemahan aku hingga aku diperlakukan sedemikian. Kenapa insan yang bernama lelaki tak pernah puas untuk menikmati kehidupan sedangkan yang dihalalkan berada di depan mata. Kesabaran ku dlm 2 - 4 tahun ini akhirnya tidak dapat aku bendung lagi. Cukuplah setakat ini aku menanggung azab sengsara hidup bersama insan yang bernama lelaki yang tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada.


Belum panas kaki ku menjejakkan diri di kg.. ku sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan lebat berserta kilat turun mencurah-curah. Jawapan yang ku terima.. menyakitkan telinga dan memedihkan hati. Hendak aku mengalirkan airmata tapi tiada gunanya menangis walau airmata darah sekali pun dengan lelaki yang memang tak pernah hargai diri ku ini. 

Satu demi satu kebenaran ku ketahui... satu demi satu hati aku retak dan berkecai jatuh satu persatu. Selama ini aku hamburkan segala kepercayaan ku demi atas nama PERKAHWINAN dan ANAK-ANAK, tapi nampaknya pengorbanan ku sekadar sia-sia dan sekadar dapat memaut dipinggir kali sahaja. Lalu ia jatuh bersama kepingan-kepingan hati dan perasaan ku. Apa daya ku lagi sekadar menarik nafas serta tidak akan berpaling lagi ke belakang serta mengambil iktibar segala yang berlaku. Hari ini.... saat ini... waktu ini... dan ketika ini.... harus ku noktahkan segala apa yang terjalin dan akan ku ceraikan.... ku putuskan... ku leraikan... apa yang pernah terikat antara kami berdua... 

Demi Allah... aku tak ingin berlaku semua ini... tapi daripada aku cedera parah dengan segala yang berlaku biarlah ia terlerai. Noktahkan segala-galanya....




Jumaat, 22 Jun 2012

CEMBURU @ JEALOUS!!!

Hi my Blog,

Agak lama aku x coretkan dan luahkan apa yg terbuku dihati nie.... hehehehe... 

Kali nie, aku nak cakap pasal cemburu.... geram.... benci.... bila ADA ORANG tu keterlaluan CEMBURU.... bak kata org CEMBURU BUTA!! (adakah cemburu buta).  Ini citer... kisah.... story.... alkisahnya.... 2 hari yg lalu... ORANG tu boleh tanya aku mcm2 apa aku buat kat ofis... Giler... dia ingat aku nie kemaruk sgt ke nak buat benda2 yg tah hapa2 tu... (faham2 jer la apa yg aku maksudkan) .. berkali-kali aku katakan tidak benar segala tuduhan.. tapi dituduh sehingga mengakibatkan pertengkaran... dan juga pergaduhan... TENSION betul aku.... BILA kita bercakap benar dianggap kita nie menipu.. tapi bila aku tidak berkata benar (aka BOHONG @ TIPU) mcm ok jer... 

Akhirnya.. dr aku dok menangis mempertahankan maruah dan kebenaran aku yg mmg berkata benar selain benar... aku JUNJUNG AL-QURAN membuktikan aku mmg tidak berbohong.... Barulah ORANG TERSEBUT (bkn nama sebenar) terdiam bila melihat aku dlm keadaan yg teresak-esak menangis menjunjung AL-QURAN di atas kepala ku dan bersumpah atas nama ALLAH SWT...  

Baru puas hati aku..... 


mmg keadaan ORG TERSEBUT tidak dpt ditenangkan bila CEMBURU GILER B***!!!



Adakah CEMBURU itu akan mengakibatkan kita hilang akal sehingga boleh mencederakan seseorang...


selalunya sinonim PEREMPUAN yg CEMBURU... tp jika LELAKI.... ???


AKU BENCI!!!!!


Sudah merasa keadaan begini!!!


SIAPA KUAT CEMBURU!!


BENARKAH CINTA ITU RINDU DAN CEMBURU!!!???


Memang... sememangnya... CEMBURU itu adalah satu penyakit yg susah utk diubati.. tiada ubat yg boleh menyembuhkan penyakit ini.....